Tuesday, July 20, 2010

NASIHAT KEPADA SALAFIYYUN DALAM MENGHADAPI ISU ESQ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خليل الله محمد الأمين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وبعد،
Dewasa ini, masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan isu kesesatan ESQ dan berlakulah polemik antara para Mufti, Institusi Agama Negara dan pihak-pihak lainnya yang menimbulkan kebingungan dalam kalangan masyarakat awam.

Namun, apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, isu sebegini tidak seharusnya menimbulkan kerungsingan dalam kalangan mereka yang berpegang dengan Manhaj Salafi Ahlus Sunnah wal Jamaah, kerana Ahlus Sunnah wal Jamaah mempunyai prinsip yang jelas sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

قد تركتكم على البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدي إلا هالك
Maksudnya: “Aku telah meninggalkan kamu di atas benda yang putih; malamnya bagaikan siangnya, tidak ada orang yang terpesong daripadanya melainkan orang yang celaka”. [Ahmad, Ibn Majah, al-Munziri dalam al-Targhib wat Tarhib].

Oleh itu, para pengikut manhaj yang mulia dan jelas ini perlulah menjadi jelas juga dalam segenap isu yang timbul dan menilainya dengan ilmiah serta berpegang dengan dalil yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah kerana Ahlus Sunnah wal Jamaah bukanlah kaum emosional yang bertindak atas perasaan semata-mata dan bukan pula mereka yang mengikut arus secara membuta tuli kerana sabda Rasulullah s.a.w:
لا يكُنْ أحَدُكمْ إمَّعَة ، يقول : أنا مع الناس ، إن أحْسنَ الناسُ أحسنتُ ، وإن أساؤوا أسأتُ ، ولكن وَطِّنُوا أنفسكم إن أحسنَ الناسُ أن تُحْسِنُوا ، وإن أساؤوا أن لا تَظلِمُوا
Maksudnya: “Janganlah seseorang kamu menjadi ‘Imma’ah’, dia berkata: Aku mengikut manusia, jika mereka baik maka aku jadi baik, jika mereka buruk maka aku juga melakukan keburukan. Tetapi hendaklah kamu menetapkan diri kamu, jika manusia berbuat baik maka berbuat baiklah kamu, jika mereka menyeleweng maka janganlah kamu juga berlaku seleweng”. [al-Tarmizi].

Oleh itu, dalam menilai ESQ ini, perlulah kita menetapkan pendirian dan iman bahawa Manhaj Salafus Soleh sahaja yang berhak menilai isu dengan ‘adil dan saksama dan hendaklah kita yakin bahawa perkara yang menyelisihi Ijmak Ulama Salafussoleh tidaklah memberi apa-apa keuntungan melainkan kecelakaan dan kerugian semata-mata.
Pendirian Kita Terhadap ESQ:

Maka perlu saya tegaskan di sini bahawa pendirian kita terhadap ESQ adalah jelas ianya suatu perkara BIDAAH yang melawan arus Salafus Soleh dan satu penambahan dalam agama Islam yang sempurna ini dan berlawanan dengan akidah Salafus Soleh.

Penilaian kesesatan dan penyimpangan ESQ ini dapatlah kita bahagikan kepada dua:

Pertama: Penyimpangan daripada segi amalan yang zahir dan penyimpangan jenis ini lah menyebabkan saya mengatakan isu ini tidak seharusnya menimbulkan keraguan dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa ESQ menyimpang.

Kedua: Penyimpangan dalam bentuk akidah dan kepercayaan yang mungkin disembunyikan oleh pihak ESQ namun bentuk penyimpangan ini tidaklah tersembunyi pada Ahli Ilmu yang melihat dari kaca mata Salaf.

Antara bentuk penyimpangan yang pertama adalah amalan-amalan seperti zikir dan doa beramai-ramai yang sememangnya maklum ianya menyalahi kosnep ibadah mahdah dalam Islam yang mestilah berlandaskan nas bukan rekaan dan ciptaan akal manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ أحْدَثَ في أمرنا هذا ما لَيْسَ منهُ فهو رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang merekacipta dalam urusan (agama) kami ini maka ianya ditolak”. [al-Bukhari].

Demikian juga penggunaan muzik yang ketara dalam kursus ini dan ianya dijadikan sebagai instrumen motivasi dan alat untuk mengubat jiwa. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Tarbiah Islamiah yang melihat muzik sebagai perosak jiwa bukan pengubat jiwa.

Berkata Ibn Masud r.a:
“Nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq di dalam hati seperti mana air menumbuhkan tumbuhan”. [al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra]

Berkata Imam al-Dahhak r.h:
“Nyanyian itu merosakkan hati dan menyebabkan kemurkaan Tuhan” [Talbis Iblis].

Allah Taala telah mengharamkan muzik dalam firmanNya:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksudnya: Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.[Luqaman: 6]

Ulama Tafsir menyatakan bahawa antara makna ‘Lahwal Hadis’ dalam ayat ini adalah Nyanyian dan seumpamanya dan daripada Mujahid r.h beliau menyatakan ianya gendang (alat muzik). [Rujuk Tafsir al-Tabari].

Imam al-Syafii r.h berkata:
“خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة، يسمونه التغبير، يصدون به الناس عن القرآن”
Maksudnya: “Aku tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh orang-orang zindiq (munafiq) yang mereka namakan sebagai ‘Taghbir’ mereka menghalang dengannya daripada al-Quran” [Ighasatul Lahfan, Ibn al-Qayyim, m.s 229].

Imam al-Syafii telah menghukum mereka yang melakukan Taghbir sebagai ‘zindiq’ yakni munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai ibadat. Tahukah anda apakah itu Taghbir?

قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى
Maksudnya: “Berkata al-Azhari: dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan syair untuk mengingati Allah sebagai Taghbir seumpama mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya dan menari-nari dan menimbulkan gerakan-gerakan maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini”. [Lisanul ‘Arab,Ibn Manzur, 5/3]

Kemudian Imam al-Azhari membawa perkataan Imam al-Syafii r.h yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa inilah makna taghbir yang dikehendaki oleh Imam al-Syafii r.h.

وقال الزجاج سُمّوا مُغَبِّرين لتزهيدهم الناس في الفانية وهي الدنيا وترغيبهم في الآخرة الباقية
Maksudnya: “Berkata al-Zujaj: Dinamakan mereka ini Mughabbirin (pembuat Taghbir) kerana mereka menzuhudkan manusia daripada dunia dan merangsang mereka untuk mengingat akhirat”. [Ibid].

Al-Imam Ibn Kasir r.h mengulas kenyataan Imam al-Syafii ini:
“dan ianya (taghbir) adalah mengetuk dengan dahan atau lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan syair-syair ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam walaupun begini keadaannya beliau (al-Syafii r.h) telah menamakan pelakunya sebagai zindiq maka bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka ini di zaman kita dengan mendengar nyanyian dan menari diiringi duff (kompang) dan serunai….” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, Maktabah al-Sunnah, cet. 1, 1991 M, m.s 42].

Berkata al-Imam Ibn al-Qayyim r.h:
“Jika inilah perkataan beliau (al-Syafii) berkenaan Taghbir dan ‘illahnya: ianya menyekat daripada al-Quran sedangkan taghbir itu syair yang membawa kepada zuhud di dunia didendangkan oleh penyanyi lalu sebahagian yang hadir mengetuk dengan kayu di atas pelantar atau bantal menurut rentak nyanyian, sesungguhnya apa yang beliau katakan berkenaan taghbir ini hanyalah seumpama ludah di dalam air lautan di sisi beliau (yakni jika dibandingkan dengan apa yg diadakan pada zaman sesudah itu daripada muzik dan nyanyian –pent-) Ia telah menghimpunkan semua kerosakan dan keharaman..” [Ighasatul Lahfan, m.s 229].

Berkata guru kepada dua orang alim yang terdahulu, Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:
وأما السماع المحدث، سماع الكف والدف والقصب، فلم تكن الصحابة والتابعون لهم بإحسان وسائر الأكابر من أئمة الدين يجعلون هذا طريقًا إلى الله تبارك وتعالى، ولا يعدونه من القرب والطاعات،بل يعدونه من البدع المذمومة
Maksudnya: “adapun sima’ (mendengar) yang diada-adakan seperti mendengar tepukan tangan, kompang, dan pukulan kayu, maka tidaklah pernah dilakukan para Sahabat dan yang mengikut mereka dengan baik serta seluruh pembesar imam agama ini apatah lagi menjadikannya sebagai jalan menuju kepada Allah Tabaraka wa Taala dan tidak pula mereka menganggapnya sebagai ketaatan dan ibadat bahkan mereka menganggapnya sebagai bidaah yang tercela”. [Majmuk Fatawa, 11/297-298]

Kemudian beliau membawakan perkataan Imam al-Syafii r.h yang terdahulu.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan menjadikan muzik sebagai satu bentuk makanan rohani menggantikan zikrullah hatta muzik itu diiringi zikrullah sekalipun ianya tetap bidaah dan lebih dahsyat keharamannya.

Muzik tidak akan memberi ketenangan jiwa sebaliknya ia akan merosakkan hati dan memudahkan syahwat dan syubhat memasukinya yang akan menukar hati itu menjadi gelap dan buta hidayah-nauzubillah min zalik-.

Adapun penyimpangan dari sudut akidah pula antaranya yang dapat saya kesan daripada ajaran ESQ ini adalah kepercayaan terhadap Proses Zero Mind di mana seseorang yang mengosongkan minda kenmudian fokus akan mendapat keajaiban tertentu dan keajaiban ini sama dengan mukjizat para Nabi alaihimussalam dan dimisalkan dengan Mukjizat Nabi Musa a.s dan disamakan mukjizat ini dengan pengalaman Kapten Kapal Terbang yang terselamat dalam kemalangan udara, Abdul Razak. [rujuk video berikut: http://www.youtube.com/watch?v=kBvwGtCgLPI ]

Konsep Zero Mind Process adalah tujuan utama dalam ajaran Hindu melalui Yoga; di mana mereka (Hindu) menyatakan:

“The traditional yoga lifestyle strives toward the goals of asceticism, which seeks to zero-out all desires, attachments, emotions, and ego clinging. The goal of yoga is essentially to cause the mind to become like zero. In fact, the goal of meditation (the central feature of the yoga lifestyle) is to zero-out thoughts, to zero-out the mind and realize the true condition of reality… zero. To know the supreme become like the supreme… zero.” [sumber: http://www.hinduwisdom.info/Yoga_and_Hindu_Philosophy.htm ]

Jelas sekali bahawa konsep zero mind proses adalah berasal daripada agama hindu yang digunakan dalam Yoga dengan tujuan untuk bersatu dengan Tuhan To know the supreme become like the supreme… zero yang bermaksud: “Untuk Mengetahui yang Maha Berkuasa maka hendaklah jadi seperti Maha Berkuasa..Kosong”.

Ini mendekati konsep Fana’ dalam ajaran Sufi yang akan membawa kepada Wehdatul Wujud di mana apabila seorang Sufi itu mengosongkan jiwanya daripada sifat-sifat kemanusiaan dan memfokuskan pada Allah Taala maka ia akan mencapai maqam ketuhanan dan ketika inilah kaum sufi akan mengeluarkan perkataan-perkataan syirik dan kufur seperti: Maha Suci Aku, Akulah Tuhan yang Maha Benar, dan lain-lain lagi yang banyak diriwayatkan daripada mereka ini. [ rujuk berkenaan Sufi ini di blog saya dan rakan-rakan: http://bahaya-sufi.blogspot.com ].

Lebih dahsyat dakwaan ESQ kejadian Zero Mind Process ini adalah perkara yang sama berlaku pada Nabi Musa a.s dan ianya zahir kufur dan syirik kerana menyamakan kuasa Allah dengan kuasa makhluk kerana kita tahu bahawa mukjizat berlaku semata-mata dengan kuasa Allah Taala berbeza dengan Sihir dan Ahwal Syaitaniah yang merangkumi Istidraj yakni kejadian luar biasa yang Allah jadikan pada orang-orang kafir dan fasiq dengan tujuan menambahkan lagi kefasiqan mereka.

ESQ juga menekankan konsep ‘Suara Hati’ dan ianya jelas merupakan ajaran kesufian dan pihak mufti Wilayah Persekutuan telah menjelaskan ianya adalah konsep ajaran Krsitian dan Hindu.

Antara kenyataan ESQ berkenaan Suara Hati ini adalah ianya datang daripada Allah semata-mata dan terus menerus memberikan arahan supaya manusia mengikuti kehendak Allah [Lihat kenyataan Ary Ginanjar: http://esqmagazine.com/esq-menjawab/2010/01/30/1354/dari-mana-datangnya-suara-hati.html ]

Kenyataan ini berlawanan 100% dengan akidah Islam di mana Ahlus Sunnah wal Jamaah berkeyakinan penuh bahawa suara hati tidak terlepas daripada bisikan syaitan. Imam Ibn al-Qayyim r.h menjelaskan:

فإن الخواطر والهواجس ثلاثة أنواع: رحمانية، وشيطانية، ونفسانية، كالرؤيا، فلو بلغ العبد من الزهد والعبادة ما بلغ فمعه شيطانه ونفسه لا يفارقانه إلى الموت، والشيطان يجرى من ابن آدم مجرى الدم، والعصمة إنما هى للرسل صلوات الله وسلامه عليهم الذين هم وسائط بين الله عز وجل وبين خلقه، فى تبليغ أمره ونهيه ووعده ووعيده، ومن عداهم يصيب ويخطئ، وليس بحجة على الخلق.
Maksudnya: “Sesungguhnya bisikan dan lintasan (hati) itu tiga jenis: Rahmaniah, Syaitaniah, Nafsaniah, ianya seumpama mimpi, maka walau sejauh mana pun seorang hamba mencapai tahap zuhud dan ibadah maka syaitan akan sentiasa bersama dengannya demikian juga nafsunya tidak akan meninggalkannya sehingga mati dan syaitan itu berlari dalam badan anak Adam seperti berlarinya darah dan ‘ismah (yang maksum) itu hanyalah para Rasul Solawatullah wa Salamuhu ‘alaihim, yang mana mereka adalah perantara antara Allah dan makhlukNya dalam menyampaikan perintahNya, laranganNya, janji baikNya, dan ancamanNya, adapun selain mereka, berlaku padanya betul dan salah, bukanlah hujah atas makhluk”. [Ighasatul Lahfan, m.s 122].

Dan dengarlah hukum mereka yang menjadikan Suara Hati sebagai sandaran:
ومن ظن أنه يستغنى عما جاء به الرسول بما يلقى فى قلبه من الخواطر والهواجس فهو من أعظم الناس كفرا. وكذلك إن ظن أنه يكتفى بهذا تارة وبهذا تارة، فما يلقى فى القلوب لا عبرة به ولا التفات إليه إن لم يعرض على ما جاء به الرسول ويشهد له بالموافقة، وإلا فهو من إلقاء النفس والشيطان.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berasa tidak perlu dengan apa yang dibawa oleh Rasul dan hanya bersandar kepada apa yang terlintas di hatinya daripada lintasan-lintasan dan bisikan-bisikan maka dia adalah manusia yang paling kufur, demikian juga jika dia berasa kadang-kadang cukup dengan bisikan hati dan lintasan-lintasannya, kerana apa yang terlintas di hati itu tidak ada apa-apa nilai dan tidak berpaling kepadanya jika tidak dibandingkan dengan apa yang dibawa oleh Rasul dan disaksikan ianya sesuai dengannya (syariat) jika tidak maka ianya hanyalah bisikan nafsu dan syaitan”. [Ighasatul Lahfan, Ibn al-Qayyim, 123].

ESQ juga menyatakan bahawa Suara Hati adalah sumber datangya sifat-sifat baik dan suara hatilah yang mendorong manusia melakukan kebaikan dan semua tindak tanduknya. [ http://esqmagazine.com/esq-menjawab/2010/03/04/1627/fungsi-suara-hati.html ]

Namun, Islam berpandang sebaliknya di mana Imam Ibn al-Qayyim r.h menjelaskan:
ثم إنه وقع من تحكيم الذوق من الفساد ما لا يعلمه إلا الله فإن الأذواق مختلفة في أنفسها كثيرة الألوان متباينة أعظم التباين فكل طائفة لهم أذواق وأحوال ومواجيد بحسب معتقداتهم وسلوكهم.
Maksdunya: “Kemudian telah berlaku akibat berhukum berdasarkan perasaan pelbagai kerosakan yang tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah jua kerana perasaan itu berbeza pada dirinya dan banyak bentuknya dan berbeza dengan perebzaan yang ketara maka setiap golongan ada perasaan dan keadaan dan bisikan tersendiri berdasarkan akidahnya dan peribadinya”. [Madarij al-Salikin, 495].

Kata Ibn al-Qayyim lagi:
فالقائلون بوحدة الوجود لهم ذوق وحال ووجد في معتقدهم بحسبه والنصارى لهم ذوق في النصرانية بحسب رياضتهم وعقائدهم وكل من اعتقد شيئا أو سلك سلوكا حقا كان أو باطلا فإنه إذا ارتاض وتجرد: لزمه وتمكن من قلبه وبقي له فيه حال وذوق ووجد
Maksudnya: “Mereka yang berakidah dengan Wehdatul Wujud bagi mereka perasaan dan hal dan lintasan berdasarkan akidah mereka, demikian juga kaum krsitian bagi mereka perasaan berdasarkan Kristianisme mereka dan aktiviti ibadat mereka dan akidah-akidah mereka dan setiap orang yang berakidah dengan sesuatu akidah atau mengikut sesuatu jalan benar atau salah maka jika dia beriadah dan mengosongkan diri dengan perkara itu: perkara itu akan melaziminya dan akan menguasai hatinya dan kekal baginya berdasarkan akidahnya itu hal, perasaan, dan getaran jiwa…” [Madarij al-Salikin, 495-496]

Maka berdasarkan pernyataan Ibn al-Qayyim r.h ini dan beliau merupakan Imam yang dipercayai dalam bidang ini, manusia itu berbeza suara hatinya dan lintasan-lintasan yang terlintas di hatinya sesuai dengan akidah yang dia anuti berbeza dengan fahaman ESQ yang menyatakan bahawa semua suara hati itu datang daripada Allah dan semua manusia sama dalam hal ini tanpa mengira agama sebagaimana kata mereka:
“Bila dicermati, kisah-kisah sukses para pebisnis kelas dunia memperlihatkan suatu kesamaan: terasahnya kecerdasan spiritual menjadi sumber kekuatan luar biasa penggerak bisnis mereka. Perlu ditekankan di sini bahwa spiritualitas, sebagaimana diperkenalkan dalam pelatihan Emotional Spiritual Quotient (ESQ) 165, tidak mesti berkaitan langsung dengan agama. Kecerdasan spiritual itu dipandang sebagai potensi yang secara universal dimiliki oleh setiap manusia.
Dalam ESQ Model, yang bersumber pada konsep Satu Ihsan, Enam Rukun Iman, dan Lima Rukun Islam (165), potensi kecerdasan spiritual itu diyakini sebagai pantulan sifat-sifat unggul yang terpancar dari Nama-Nama Allah SWT (Asmaul Husna). Potensi itu terpantul melalui ruh yang ditiupkan pada setiap manusia. Tugas manusialah untuk mengasahnya agar teraktualisasi menjadi energi. ESQ Model adalah sebuah ikhtiar untuk menguraikan dan mengasah potensi-potensi itu, dengan mengidentifikasi tujuh dari 99 Asmaul Husna. Ketujuh potensi atau suara hati, yang kami sebut Tujuh Budi Utama (Jujur, Tanggungjawab, Visioner, Disiplin, Kerjasama, Adil, dan Peduli) itu menjadi pijakan awal untuk mengenali jati diri; betapa manusia sesungguhnya memiliki potensi yang kaya.” [Sumber: Artikel Energi Suara Hati: http://esqmagazine.com/frekuensi/2010/03/19/energi-suara-hati.html ]
Berdasarkan pernyataan ini, ESQ menyamakan semua manusia sama ada mukmin atau kafir, ahli taat atau maksiat semuanya mempunyai suara hati yang berasal daripada PANTULAN nama-nama Allah yang maha mulia dan sempurna. Ini tidak lain tidak bukan akidah semua agama sama dan konsep wehdatul wujud.
Ketahuilah bahawa Nabi s.a.w pernah menyatakan dalam hadis yang sahih bahawa Saidina Umar r.a adalah orang yang ilhamnya adalah benar dan gerak hatinya senantiasa bersih dan digelar Muhaddas yakni yang diberikan perbicaraan oleh Allah Taala namun, beliau tidak pernah berhukum sesuatu perkara dengan gerak hatinya yang luhur dan mulia itu bahkan pernah pula Umar r.a mengaku ia salah apabila beliau menghadkan jumlah mahar maksimum lalu ditegur seorang sahabiah (sahabat wanita). Maka siapakah kita untuk menjadikan suara hati sebagai rujukan dalam menentukan suatu perkara sedangkan siang malam kita bergelumang dengan dosa?!
Kemudian rujuk juga kenyataan ini: Andaikan seekor kuda bisa menggambar Tuhan, maka Tuhan akan digambarkan bagaikan kuda. Kesufian ESQ akan jelas jika anda membaca keseluruhan artikel yang sangat khurafat ini: http://esqmagazine.com/refleksi/2010/03/17/mendekati-tuhan-dengan-cinta.html dan lihat juga link ini: http://www.esqmagazine.com/node/2433
Inilah sebahagian gambaran kesesatan ESQ yang nyata dan terang walaupun saya menulis ini dalam keadaan agak tergesa-gesa dan maklumat yang ada adalah terhad namun maklumat-maklumat yang saya peroleh daripada video-video pihak ESQ sendiri dan daripada laman web mereka sendiri sudah cukup menyerlah akan penyelwengan mereka ini.
Maka pihak penulis berharap mereka yang sudah berada di atas manhaj salaf yang lurus ini teruslah berpegang dengan prinsip-prinsip Islami Nabawi ini dan janganlah termasuk dalam kelompok yang keliru dan melatah kerana kita berada dalam keadaan cahaya yang cukup, malamnya bagaikan siangnya. Semoaga Allah menetapkan kita di atas hidayahnya..ameen.

Ditulis oleh;
Muhammad Asrie bin Sobri,
Kuliah Dakwah dan Usuluddin,
Universiti Islam Madinah Munawwarah, KSA.
29 Rajab 1431H/11 Julai 2010

http://mashoori.wordpress.com/2010/07/11/nasihat-kepada-salafiyyun-dalam-menghadapi-isu-esq/

DOWNLOAD Free Pdf Julai 2010



SIAPAKAH PENGIKUT IMAM SYAFIE SEBENAR [EDISI BARU]
DOWNLOAD CLICK SINI




AINA ALLAH
DOWNLOAD CLICK SINI

Monday, December 28, 2009

WAHHABI! WAHHABI! WAHHABI! APA KATA UTHMAN EL-MUHAMMADY DAN APA ULASAN USTAZ RASUL BIN DAHRI



Kerancunan pemahaman Uthman El-Muhammdy dalam memahami antara fiqh asy-Syafie dan mazhab as-Syafie amat ketara setelah para pembaca meneliti isi kandungan buku ini. Kegetiran dan ketidakupayaan Uthman El-Muhammady menghadapi apa yang dituduh sebagai golongan Wahhabi, menjadikan beliau mudah membuat tuduhan bahawa Wahhabi ekstrem. Beliau menyebar fitnah bahawa Fahaman Wahhabi berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniyah dan wajar menjadi peringatan kepada Negara ini.

Uthman El-Muhammady serkap jarang, belum meneliti sejarah Hijaz secara fakta ilmiyah dan masih gelap sejarah terutamanya yang berkaitan dengan sejarah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Semoga beliau diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan tidak menjadi bahan ketawaan umat kemudian hari kerana kesilapannya menuduh sembarangan tentang Wahhabi. Buku kecil ini berupa bidasan terhadap kenyataan Uthman El-Muhammady di dalam akhbar Berita Minggu Ahad 22 November 2009.

Tuesday, November 10, 2009

RAKAMAN CERAMAH MENJAWAB ARTIKEL MAHFUZ MUHAMMAD

jawapan dan kupasan ilmiah terhadap artikel di akhbar bertajuk "WASPADA TAJDID WAHABI"

penceramah USTAZ FATHUL BARI
DOWNLOAD CERAMAH MP3 DI

Tuesday, October 27, 2009

TANDA-TANDA AHLI SUNNAH

http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/10/tanda-tanda-ahli-sunnah.html

Asy-Syeikh Abu Utsman Ismail bin Abdurrahman Ash-Shobuni
(373 – 449 H)

Di antara salah satu tanda-tanda Ahli Sunnah (Ahlus Sunnah) ialah kecintaan mereka kepada ulama’ As-Sunnah, penolong-penolong mereka dan pengikut-pengikut mereka. Mereka mempunyai sikap kebencian terhadap ulama bid’ah yang menyeru mereka ke neraka dan menunjuki sahabat-sahabat mereka kepada kebinasaan. Allah telah menghiasi dan menerangi hati-hati Ahlus-Sunnah dengan menganugerahkan sifat kecintaan mereka terhadap ulama’ As-Sunnah. Ini adalah sebagai kemuliaan daripada Allah Azza wa Jalla buat mereka.

Al-Hakim Abu Abdillah Al-Hafiz –semoga Allah menempatkannya dan kita di dalam syurgaNya- telah mengkhabarkan kepada kita, dia berkata: Muhammad bin Ibrahim bin Al-Fadhl Al-Muzakkie pernah menceritakan kepada kami, katanya: Ahmad bin Salamah menceritakan kepada kami, dia berkata: “Abu Raja’ Qutaibah bin Said telah membacakan bukunya “Al-Iman” di hadapan kami. Di akhir bukunya itu, beliau ada berkata: “Apabila engkau melihat seorang lelaki menyukai Sufyan Ats-Tsauri. Malik bin Anas, Al-Auza’ie, Syu’bah, Ibnul Mubarak, Abul Ahwash, Syarik, Waqi’, Yahya bin Said dan Abdurrahman bin Mahdi, maka ketahuilah bahawa lelaki itu adalah Ahli Sunnah.” Berkata Ahmad bin Salamah –semoga Allah merahmatinya- : “Saya telah menambah dengan tulisanku di sebelah bawah bukunya: Dan sesiapa yang menyukai Yahya bin Yahya, Ahmad bin Hanbal, Ishak bin Ibrahim bin Rahawaih.”

Setelah kami menyebutkan perkara ini, orang-orang Naisabur pun memandang kami, Abu Raja’ berkata: “Mereka itu kaum yang membenci Yahya bin Yahya.” Kami pun bertanya kepadanya: “Wahai Abu Raja’! Siapakah Yahya bin Yahya itu?” Beliau menjawab: “Dia adalah seorang lelaki yang soleh, Imam kaum muslimin, Ishak bin Ibrahim adalah Imam, dan Ahmad bin Hanbal disisiku lebih utama daripada semua mereka yang saya telah sebutkan itu.”

Saya menambah selain daripada apa yang telah disebutkan oleh Qutaibah –semoga Allah merahmatinya- bahawa sesiapa yang menyukai mereka, maka dia adalah Ahli Sunnah. Mereka adalah daripada ulama’ Ahli Hadis yang telah mengikuti ulama’ tersebut dan termasuk daripada mereka. Di antara mereka ialah seperti Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i, Said bin Jubair, Az-Zuhri, Asy-Sya’bi, dan At-Taimie.

Kemudian setelah mereka seperti Laits bin Sa’ad Al-Misrie, Al-Auza’ie, Ats-Tsauri, Sufyan bin Uyainah Al-Hilali, Hamad bin Salamah, Hamad bin Zaed, Yunus bin Ubaid, Ayyub As-Sahtiyani, Ibn Aun dan seumpama mereka. Setelah mereka seperti Yazid bin Harun Al-Wasithi, Abdur-Rarrak bin Hamman As-San’ani, Jarir bin Abdul Hamid Ad-Dibbie.

Setelah mereka seperti Muhammad bin Yahya Az-Zuhali, Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusariy, Abu Daud As-Sijistani, Abu Zur’ah Ar-Razi, Abu Hatim Ar-Razi, Muhammad bin Aslam At-Thusi, Abu Utsman bin Said Ad-Darimi As-Sijzie, Al-Imam Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah An-Naisaburi yang mana beliau adalah imam di kalangan imam-imam lainnya. Demi hidupku, dia adalah merupakan imam di kalangan imam-imam lainnya di zamannya.

Seterusnya Abu Ya’qub Ishak bin Ismail Al-Bustie, Al-Hasan bin Sufyan Al-Fasawiy, datukku dari pihak Abu Sa’ad Yahya bin Mansur Az-Zahid Al-Harawiy, Abu Hatim Adi’ bin Hamdawaih As-Sabuni dan dua orang ayahnya yang merupakan pedang Sunnag iaitu Abu Abdillah As-Sabuni dan Abu Abdurrahman As-Sabuni dan selain daripada mereka di kalangan ulama’ As-Sunnah yang berpegang teguh dengannya, pembelanya, pendakwah kepadanya dan pencintanya.

Perkara-perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini merupakan pegangan semua ulama’ As-Sunnah. Tidak ada perselisihan yang terjadi sesame mereka dalam perkara-perkara itu. Bahkan semuanya bersepakat tentang hal-hal tersebut. Tidak ada kedapatan seorang pun di kalangan mereka yang redha untuk menyelisihinya.

Mereka semuanya sekata supaya membenteras Ahli Bid’ah, menghina mereka, menjauhi tempat tinggal daripada mereka, tidak bersahabat dan tidak bergaul dengan mereka dan mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan cara menjauhi dan meninggalkan mereka (yakni Ahli Bid’ah).

Abu Utsman (pengarang) –semoga Allah merahmatinya- berkata: “Saya dengan kemuliaan dan kurnia daripada Allah Azza wa Jalla yang diberikan kepada saya, adalah orang yang mengikuti jejak-jejak mereka, berjalan dengan berpandukan cahaya-cahaya mereka.

Nasihatku kepada sahabat-sahabatku agar mereka tidak menyimpang daripada jalan-jalan yang telah mereka lalui, agar mereka tidak mengikuti ucapan-ucapan selain mereka (Ahli Hadis) dan tidak menyibukkan diri mereka dengan perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama berupa bid’ah-bid’ah yang telah menyebar luas di kalangan kaum muslimin. Juga daripada kemungkaran-kemungkaran yang telah nyata dan berleluasa di sana-sini.

Sekiranya satu perkara daripadanya dilakukan oleh seseorang di zaman ulama’ Sunnah, maka sudah tentu mereka akan menginggalkannya, menamakannya sebagai mubtadi’ (pelaku bid’ah) dan sebagai ‘pendusta’ (terhadap agama Allah) serta menunjukkan sikap kebencian mereka terhadapnya.

Janganlah terpedaya saudara-saudaraku –semoga Allah memelihara mereka- tentang ramainya Ahli Bid’ah. Sesungguhnya ramainya Ahli Bid’ah dan sedikitnya Ahli Haq (kebenaran) adalah di antara satu tanda dekatnya waktu Hari Kiamat, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:


إن من علامات الساعة واقترابها أن يقل العلم ويكثر الجهل

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat dan hampir waktu berlakunya ialah sedikitnya ilmu dan banyaknya kejahilan.” (Daripada Hadis Anas r.a. marfu’. Dikeluarkan oleh At-Thayalisi, ‘Minhah’ (101), Ahmad (3:98, 176, 273, 289, 344), Al-Bukhari dalam Sahihnya (1:178, 9:330, 10:30, 12:113) dan ‘Khalqu Af’al Al-‘Ibad’ (342-44), Muslim (4:2056), At-Tirmizi (2205), Ibnu Majah (4045), Abu Nu’aim, ‘Al-Hilyah’ (6:280), Al-Baihaqi ‘Al-Madkhal’ (846), Ibnu Abdil-Barr ‘Al-Jaami’ (1:151) dan Al-Baghawi, (15:24) dalam Syarhus Sunnah).

Ilmu itu ialah As-Sunnah dan kejahilan itu ialah Al-Bid’ah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إن الإيمان ليأزر إلى المدينه كما يأزر الحية إلى حجرها

Maksudnya: “Sesungguhnya iman akan kembali ke negeri Madinah sepertimana kembalinya ular ke lubangnya.” (Dikeluarkan daripada Abu Hurairah oleh Ibnu Syaibah (12:181), Ahmad (2:286, 422, 496), Al-Bukhari (4:93), Muslim (1:131), Ibnu Majah (3111), Abu Uwanah (1:101) dan Ibnu Mandah, (420) dalam ‘Al-Iman’).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا تقوم الساعة – الأرض أحد يقول الله

Maksudnya: “Tidak akan terjadinya Hari Kiamat selagi mana masih ada orang menyebut Allah.” (iaitu selagi mana masih ada orang yang beriman – pent). (Ahmad (3:107, 201, 259, 268), Muslim (1:131), At-Tirmizi (2207), Ibnu Mandah (447, 449), Abu Uwanah (1:101). Al-Hakim (4:494-95), Al-Baghawi (15:89) dan Ibnu Hibban, (1911) dalam ‘Maurid’).

Barangsiapa yang berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari ini, mengamalkannya, istiqamah (tetap) barada di atas Sunnah, dan berdakwah agar manusia kembali kepadanya, maka pahalanya lebih sempurna dan lebih banyak daripada pahala yang diberikan kepada generasi awal Islam kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang terpilih pernah bersabda:

له أجر خمسين فقيل: خمسين منهم؟ قال: بل منكم

Maksudnya: “Baginya lima puluh pahala. Maka dikatakan kepadanya: Lima puluh daripada mereka?” Baginda menjawab: Bahkan daripada kamu.” (Ibnu Nasr Al-Mawarzi ‘As-Sunnah’ (35), At-Thabrani ‘Mu’jam Al-Kabir’ (10:225, 17: 117) Abu Daud (4341), At-Tirmizi (3058), Ibnu Majah (4014) dan Al-Haitsami (7:282) dalam Al-Mujamma’’).

Az-Zuhri berkata: “Mempelajari satu sunnah lebih utama daripada beribadat dua ratus tahun.

Amr bin Al-Maffarie berkata: Saya telah mendengar Amr bin Muhammad berkata: “Pernah suatu ketika Abu Mu’awiyah Ad-Darir berbual-bual dengan Harun Ar-Rasyid. Dia telah menceritakan kepada Harun Ar-Rasyid satu hadis Abu Hurairah [*] mengenai perdebatan di antara Nabi Adam dan Nabi Musa a.s. Lalu Ali bin Ja’far berkata: “Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi sedangkan zaman Adam dan Musa jauh berbeza?” Harun Ar-Rasyid pun melompat dari tempat duduknya seraya berkata: “Dia menceritakan kepadamu hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan engkau mempertikaikannya dengan pertanyaanmu ‘bagaimana’?” Ucapannya ini terus diucapkannya sehingga dia diam.”

[*] Ahmad (2:398), At-Tirmizi (2134), Abu Said Ad-Darimi (293), Ibnu Abi Asim ‘As-Sunnah’ (140), Ibnu Khuzaimah “At-Tauhid” (1:121-122), Ibn Khuzaimah ‘At-Tauhid’ (1:121-22) dan An-Najad (19, 20, 25). Isnadnya sahih.

Pengarang (penulis) berkata: Beginilah sikap yang sepatutnya ada pada diri seseorang, bahawa dia hendaklah mengagungkan hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan menerimanya dengan sepenuhnya serta membenarkannya.

Dia hendaklah mengambil sikap yang tegas dalam mengingkari orang yang tidak mengikuti orang yang tidak mengikuti jalan ini sepertimana yang telah dicontohkan oleh Harus Rasyid terhadap orang yang membantah hadis sahih yang didengarkan dengan pertanyaan ‘bagaimana’ sebagai mengingkari dan menjauhi daripada hadis itu. Dia tidak menerimanya sebagaimana ia diwajibkan untuk menerima semua hadis (sahih) daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Semoga Allah subhanahu wa Ta’ala menjadikan kita termasuk orang-orang yang sentiasa mendengar (yang hak), mengikutinya dengan sebaik-baik dan berpegang teguh dengan Al-Kitab dan As-Sunnah sepanjang hidup kita di dunia. Dan semoga Allah menjauhkan kita daripada hawa nafsu yang menyesatkan, pandangan-pandangan yang melenyapkan dan tindakan-tindakan yang buruk. Dengannya kita memperoleh kemuliaan dan kurnia daripada Allah.

*Dinukil daripada buku Aqidatus-Salaf (Ahlul Hadith), Siri Manhaj Salaf 1, Judul Asli: Ar-Risalah Fi I'tikad Ahlis Sunnah wa Ashabul Hadis Wal Aimmah Au 'Aqidah As-Salaf Ashab Al-Hadis, penulis Asy-Syeikh Abu Utsman Ismail bin Abdur-Rahman As-Shobuni, pentahqiq Badr bin Abdullah Al-Badr, Penterjemah Abdul Wahab bin Bustami Al-Banjari As-Salafiy, Perniagaan Jahabersa, halaman146-154.

Monday, October 26, 2009

Lagi-Lagi Berkenaan Keharaman Nyanyian Dan Muzik


Sebahagian orang memang sukar hendak menerima ketika mendapat tahu bahawa nyanyian dan muzik itu haram. Ini kerana dia sebenarnya sangat meminati kedua-dua elemen tersebut. Sehingga dahulu pernah terdengar slogan Inggeris yang berbunyi "Muzik is life". Maka dengan pengulangan yang diharapkan tidak membosankan, akan lebih dapat difahami tentang permasalahan ini serta dapat menukarkan kebatilan tersebut lalu ditukarkan dengan cahaya kebenaran iaitu dengan meninggalkan segala bentuk Nyanyian dan Muzik.


Ayat Al-Qur'an Yang Menjelaskan Haramnya Nyanyian dan Muzik

Firman Allah Ta’ala :

“Dan di antara manusia ada yang membeli (menukar) lahwal hadits untuk menyesatkan orang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekan, bagi mereka siksa yang menghinakan.” (Luqman: 6)

Al-Wahidi dalam tafsirnya menyatakan bahawa kebanyakan para mufassir mengertikan “lahwal hadits” dengan “nyanyian”.

Penafsiran ini disebutkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu. Dan kata Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya, Jami’ Ahkamul Qur’an, penafsiran demikian lebih tinggi dan utama kedudukannya. Hal itu ditegaskan pula oleh Imam Ahmad Al-Qurthubi, Kasyful Qina’ halaman 62, bahawa di samping diriwayatkan oleh banyak ahli hadis, penafsiran itu disampaikan pula oleh orang-orang yang telah dijamin oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan doa beliau :

“Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia takwil (penafsiran Al-Qur’an).” (HR. Bukhari 4/10 dan Muslim 2477 dan Ahmad 1/266, 314, 328, 335) .

Dengan adanya doa ini, para ulama dari kalangan sahabat memberikan gelar kepada Ibnu Abbas dengan Turjumanul Qur’an (penafsir Al Qur’an).

Ibnu Mas’ud menerangkan bahawa “lahwul hadits” itu adalah al-ghina’. “Demi Allah, yang tiada sesembahan yang haq selain Dia, diulang-ulangnya tiga kali.” Riwayat ini sahih dan telah dijelaskan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 143. Demikian pula keterangan ‘Ikrimah dan Mujahid.

Al-Wahidi dalam tafsirnya (Al-Wasith 3/411) menambahkan : “Ahli Ilmu Ma’ani menyatakan, ini termasuk semua orang yang cenderung memilih permainan dan al-ghina’ (nyanyian), seruling-seruling, atau alat-alat muzik daripada Al-Qur’an, meskipun lafaznya dengan kata al-isytira’, sebab lafaz ini banyak dipakai dalam menerangkan adanya penggantian atau pemilihan.” (Lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 144-145).

Firman Allah Ta'ala:

“Dan pengaruhilah siapa saja yang kau sanggupi dari mereka dengan suaramu.” (Al-Isra’ : 65)

Ibnu Abbas mengatakan bahawa “suaramu” dalam ayat ini ertinya adalah segala perkara yang mengajak kepada kemaksiatan. Ibnul Qayyim menambahkan bahawa al-ghina’ adalah da’i yang paling besar pengaruhnya dalam mengajak manusia kepada kemaksiatan. (Mawaridul Aman halaman 325). Mujahid dalam kitab yang sama menyatakan “suaramu” di sini ertinya al-ghina’ (nyanyian) dan al-bathil (kebathilan). Ibnul Qayyim menyebutkan pula keterangan Al-Hasan Bashri bahawa suara dalam ayat ini ertinya duff (rebana), wallahu a’lam.

Firman Allah Ta'ala:

“Maka apakah terhadap berita ini kamu merasa hairan. Kamu tertawa-tawa dan tidak menangis? Dan kamu bernyanyi-nyanyi?” (An Najm : 59-61).

Kata ‘Ikrimah -dari Ibnu Abbas-, as-sumud ertinya al-ghina’ menurut dialek Himyar. Dia menambahkan: “Jika mendengar Al-Qur’an dibacakan, mereka bernyanyi-nyanyi, maka turunlah ayat ini.”

Ibnul Qayyim menerangkan bahawa penafsiran ini tidak bertentangan dengan pernyataan bahwa as sumud artinya lalai dan lupa. Dan tidak pula menyimpang dari pendapat yang mengatakan bahawa erti “kamu bernyanyi-nyanyi” di sini adalah kamu menyombongkan diri, bermain-main, lalai, dan berpaling. Kerana semua perbuatan tersebut terkumpul dalam al-ghina’ (nyanyian), bahkan ia merupakan pemicu munculnya sikap tersebut. (Mawaridul Aman halaman 325).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat: “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al-Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dhiya’ Al-Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).

Beberapa Hadis Bekenaan Haramnya Muzik:

Dalil-dalil ini saya nukilkan daripada sebuah artikel yang baik yang ditulis oleh akhi Nawawi dalam blognya. (Sila rujuk: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/01/075-pendirian-para-salaf-ulama-generi.html).


Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan khamr, judi, dan gendang.” (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ahmad, dan selainnya. Disahihkan oleh al-Albani, Tahriimu Aalath Ath-Tharb halaman. 56)

Hadis Imran bin Husain, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah.” Maka berdirilah salah seorang Muslim: “Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul biduanita dan alat-alat muzik dan khamr diminum.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath-Tharb halaman 56)

Berdasarkan hadis-hadis tersebut maka para Salaf benar-benar mengharamkan nyanyian dan sangat menjauhinya, di antaranya riwayat Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:

“Rebana itu haram, alat-alat muzik haram, gendang itu haram, dan seruling itu haram.” (Dikeluarkan oleh Baihaqi dan Hadis ini hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 92)

Riwayat Said bin al-Musayyab r.a., ia berkata:

“Sesungguhnya aku membenci nyanyian dan menyenangi kata-kata yang indah (pantun).” (Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam Mushannaf dan Hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 99 dan 101)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya aku tidaklah melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan, dan senandung syaitan. Dan suara ketika mendapat musibah, iaitu tamparan wajah, koyakan baju dan jeritan syaitan.” (Diriwayatkan oleh at-Timidzi dalam Sunan-nya, dan ia menyatakan bahawa hadis ini hasan. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan juga ath-Thahawi dalam Syarh al-Ma’aani. Hadis ini turut dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku Khamar, judi, minuman keras dari gandum, dan gendang (Kuubah) serta drum (qinnin). Dan menambahkan untukku solat witir.” (Hadis ini sahih menurut Syaikh al-Albani, Rujuk: Sahihul Jami’, 1708)

Dari Hadis Abu Daud, beliau meriwayatkan, dalam Kitab Sunan-nya bahawa dari Nafi r.a. ia berkata: “Ibnu Umar r.a. mendengar suara muzik, maka iapun meletakkan jarinya pada kedua telinganya dan menjauh dari jalan. Ia berkata kepadaku, “Hai Nafi, apakah engkau masih mendengar sesuatu?” Aku menjawab, “Tidak!” Maka beliaupun melepaskan jarinya dari telinganya dan berkata: “Aku pernah bersama Nabi s.a.w. lalu beliau mendengar seperti ini dan beliaupun melakukan seperti itu.” (Rujuk Sahih Abu Daud, 4116)

Imam al-Qurthubi menjelaskan berkenaan hadis tersebut di dalam tafsirnya dengan menyatakan: “Ulama kami mengatakan, “Jika demikian yang mereka lakukan terhadap suara yang tidak keluar seperti biasanya, bagaimana dengan suara nyanyian orang-orang zaman sekarang dan suara alat muzik mereka?”

Imran ibn Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran dalam umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah s.a.w.? Beliau bersabda mafhumnya: “Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan diminum khamr (arak)” (Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadis ini menurut riwayat at-Tirmidzi. Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, 1801-2323. Sahihul Jami’ As-Sagheer, 4273 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, oleh Syaikh Muhammad Nasihruddin al-Albani)

Anas ibn Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Pasti akan berlaku kemusnahan, lontaran dan pengubahan rupa dalam umat ini, iaitu apabila mereka meminum khamr, mengambil biduanita-biduanita dan membunyikan alat-alat muzik. (Hadis ini sahih, Diriwayatkan oleh Ibn Abid Dunya dalam “Dzam al-Muhalli” Juz. 1/1530. Hadis ini juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya daripada Imran ibn Husain. Imam Ahmad dan Ibn Abid Dunya meriwayatkan juga daripada Abi Umamah dan ia diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer 5467 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 2023 as-Syaikh al-Albani)

Imran ibn Husain dan Abu Saaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, lontaran dan perubahan rupa di akhir zaman iaitu lahir alat-alat muzik, biduanita-biduanita dan apabila khamr dihalalkan” (Hadis ini sahih, Riwayat at-Tirmidzi dan at-Thabarani)

Abu Maalik al-Asyaari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Orang-orang dari umat ku pasti akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, di-mainkan alat-alat muzik ke atas kepala mereka dan biduanita-biduanita. Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi. (Hadith ini sahih - Riwayat Ibn Maajah, al-Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan at-Thabarani. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer, 5454, Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 90, 91 dan Sahih Ibn Maajah 3247–4020)

Abu Maalik al-Asyaari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Akan ada beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi. Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata: Datanglah semua menemui kami esok. Lantas Allah s.w.t. memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat. (Hadis ini sahih – Riwayat al-Bukhari dalam kitab sahihnya (4/30). Sila lihat Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 1/91/139-147 dan Sahih al-Jami as-Sagheer, 5466) (Selesai nukilan. Sila rujuk blog: http://fiqh-sunnah.blogspot.com).

Kini saya ingin menukilkan pula beberapa fatwa ulama berkenaan Nasyid (Munsyid). Sebahagian orang cuba untuk membezakan dengan mengatakan: "Nasyid itu tidak sama dengan Nyanyian". Padahal kedua-duanya sama sahaja. Tidak ada beza sedikit pun dari segi hukumnya. Bahkan boleh jadi ia lebih berbahaya kerana Nasyid bertopengkan jenama Islam, serta kadang kala mengandungi kesyirikan di dalamnya (seperti nasyid yang diambil daripada Barzanji) serta mereka menjadikannya sebagai dakwah. Sedangkan para salafus-soleh dan ulama tidak pernah menjadikan nyanyian itu sebagai bahan dakwah mereka. Kalau sekiranya perbuatan tersebut baik, maka sudah pastilah mereka (yakni para salafus-soleh) lebih dahulu melakukannya.

Beberapa Perkataan Para Ulama Berkenaan Masalah Nasyid:

1 – Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan hafizahullah berkata:

“Perkara yang semestinya mendapat perhatian adalah apa yang telah banyak tersebar di tengah-tengah para pemuda berupa lagu-lagu nasyid yang dirakam dalam kaset dengan suara gabungan yang mereka namakan dengan nasyid Islami. Ini merupakan salah satu jenis nyanyian. Terkadang juga hal itu dilakukan dengan lantunan suara yang memikat kemudian diperjual belikan untuk menyaingi kaset rakaman bacaan Al-Qur’anul Karim dan ceramah agama. Menamakan nasyid Islami merupakan penamaan yang salah kerana Islam tidak mensyariatkan kepada kita melakukan nasyid akan tetapi mensyariatkan bagi kita berzikir kepada Allah Ta’ala, membaca Al-Qur’an, dan belajar ilmu yang bermanfaat.

Adapun nasyid Islami merupakan agama orang orang sufi ahli bid’ah yang menjadikan agamanya sekadar hiburan dan permainan. Menjadikan nasyid sebahagian dari agama juga ada unsur penyerupaan dengan orang Nasrani (kristian) yang menjadikan agamanya berupa nyanyian bersama dan bersenandung merdu. Tindakan yang wajib dilakukan adalah berhati-hati dari nasyid-nasyid ini dan melarang penjualan serta peredarannya untuk mencegah terjadinya efek negatif darinya berupa timbulnya fitnah dengan membangkitkan dan menaburkan benih perselisihan di tengah kaum muslimin. Terkadang orang yang membolehkan nasyid seperti ini berdalih bahawa dulu dilantunkan syair-syair dihadapan Nabi kemudian baginda mendengarkannya dengan saksama dan menyetujuinya.

Jawapan dari hal tersebut bahawa syair-syair yang dilantunkan dihadapan Nabi tidak dilantunkan dengan suara bersama dalam bentuk nyanyian dan tidak dinamakan nasyid Islami. Akan tetapi itu merupakan syair-syair arab yang mengandungi kata-kata hikmah, perumpamaan, sifat keberanian dan kedermawanan. Dulu para sahabat melantunkan sendirian kerana makna yang terkandung di dalamnya. Mereka melantunkan beberapa syair tatkala melakukan pekerjaan yang memenatkan seperti membangun dan berjalan di malam hari ketika bermusafir. Ini semua menunjukkan bolehnya melantunkan syair seperti ini dalam keadaan seperti ini secara khusus, bukan untuk diambil sebagai salah satu bidang pendidikan dan dakwah sebagaimana terjadi pada waktu ini. Di mana para siswazah diajari nasyid-nasyid seperti ini kemudian dikatakan bahawa itu nasyid Islami atau nasyid agama. Ini merupakan perbuatan bid’ah dalam agama dan merupakan agama orang sufi ahli bid’ah. Merekalah yang dikenali menjadikan nyanyian sebagai agamanya. Sehingga yang wajib adalah memperingatkan dari tipu muslihat ini dan melarang penjualan kaset seperti ini kerana kejelekan itu dimulai dari sedikit kemudian berkembang manjadi banyak jika tidak segera dihilangkan ketika munculnya.” (Al-Khitab Al-Mimbariyyah, 3/184-185; dinukil dari buku Jawab Tuntas Masalah Manhaj, Pustaka Al-Haura’, dalam nota kaki no: 3)

2 – Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata:

“Dari fasal ketujuh telah jelas tentang syair yang boleh dinyanyikan dan yang tidak boleh. Sebagaimana telah jelas pada keterangan yang lalu tentang haramnya alat musik semuanya kecuali rebana (kompang) untuk wanita pada hari raya dan pernikahan. Dan dari fasal terakhir telah jelas bahawa tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah kecuali dengan apa yang Allah syariatkan. Maka bagaimana dibolehkan mendekatkan diri kepadaNya dengan apa yang Dia haramkan?

Jika pembaca dapat mengingat prinsip-prinsip yang kukuh ini di dalam fikirannya, jelaslah baginya dengan sangat nyata bahawa tidak ada perbezaan hukum antara nyanyian sufi dengan nasyid-nasyid keagamaan. Bahkan kadang-kadang di dalam nasyid terdapat cacat yang lain, iaitu nasyid itu dilagukan dengan irama-irama lagu yang tidak bermoral dan mengikut rentak muzik dari Barat atau Timur yang membawa pendengar untuk bergoyang dan menari dan melebihi batas. Sehingga tujuannya adalah irama dan goyang, bukan semata-mata nasyidnya. Dan hal ini merupakan penyelewengan baru, iaitu menyerupai orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak tahu malu.

Di sebalik itu juga munculnya penyimpangan yang lain, iaitu menyerupai orang-orang kafir di dalam berpaling dan menginggalkan Al-Qur’an. Sehingga mereka masuk ke dalam keumuman pengaduan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Allah tentang kaumnya, sebagaimana di dalam firman Allah:

(Yang bermaksud): Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Surah Al-Furqaan: 30)

Saya benar-benar selalu ingat dengan baik, ketika saya berada di Damaskus dua tahun sebelum penghijrahan saya ke sini (Amman, Jordan) ada sebahagian pemuda Islam mulai menyanyikan nasyid-nasyid yang bersih (dari penyimpangan) seperti qasidah-qasidah al-Bushiri dan lain-lainnya, dan nasyid-nasyid itu dirakam pada kaset. Kemudian tidak berapa lama, nasyid-nasyid itu diiringi dengan pukulan rebana (kompang)! Kemudian untuk pertama kalinya mereka mempergunakannya pada perayaan-perayaan pernikahan dengan alasan bahawa rebana dibolehkan pada pernikahan.

Kemudian kaset itu pun tersebar dan ditambah kaset-kaset sehingga banyak. Dan itupun tersebar penggunaannya dibanyak rumah-rumah. Mulailah mereka mendengarkannya malam dan siang, baik ada acara ataupun tidak. Jadilah hal itu hiburan dan kebiasaan mereka! Tidaklah hal itu terjadi kecuali kerana dikuasai oleh hawa nafsu dan kebodohan terhadap tipu daya syaitan. Sehingga syaitan memalingkan mereka dari memperhatikan dan mendengarkan Al-Qur’an, apatah lagi mempelajarinya. Jadilah Al-Qur’an sebagai sesuatu yang tidak dipakai sebagaimana tersebut di dalam ayat yang mulia tadi.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, hal 182; dinukil dari buku Adakah Musik Islami oleh Muslim Atsari, Pustaka At-Tibyan, hal 104-107)

3 – Syeikh Sholeh bin Abdul Aziz Alu Asy-Syeikh rahimahullah berkata:

“Adapun mendengarkan nyanyian-nyanyian yang dilagukan dan qasidah-qasidah yang mengajak zuhud, inilah yang dinamakan zaman dahulu dengan taghbiir. Hal itu sejenis memukul kulit dan menyanyikan qasidah-qasidah yang mengajak zuhud. Itu dilakukan oleh sekelompok orang-orang sufi untuk menyibukkan manusia dengan qasidah-qasidah yang mendorong kepada negeri akhirat dan zuhud di dunia, meninggalkannya nyanyian (umum), kemaksiatan dan yang seumpamanya.

Dan para ulama telah mengingkari taghbir dan mendengarkan qasidah-qasidah yang dilagukan, yakni dengan lagu-lagu bid’ah, lagu-lagu yang digunakan orang-orang sufi yang menyerupai nyanyian. Para ulama memandangnya termasuk bid’ah. Alasan bahawa hal itu jelas bid’ah, kerana hal itu ditujukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada hal sudah diketahui bahawa mendekatkan diri kepada Allah tidak boleh kecuali dengan apa-apa yang Dia syariatkan. Inilah qasidah-qasidah yang dilakukan di zaman dahulu, dan di zaman sekarang diambil oleh orang-orang sufi. Ini adalah bid’ah yang diada-adakan, tidak boleh berdalih melembutkan hati dengannya.” (Al-Qaulul Mufid Fii Hukmi Anasyid, hal 44; dinukil dari buku Adakah Musik Islami, hal 114-115)

4 – Syeikh Bakar Abu Zaid rahimahullah berkata:

“Beribadah dengan syair dan bernasyid pada bentuk zikir, doa dan wirid-wirid adalah bid’ah yang baru. Pada akhir-akhir abad 2 hijrah, orang-orang zindiq memasukkannya ke dalam kaum muslimin di kota Baghdad dengan nama taghbiir. Asalnya dari perbuatan Nasrani di dalam peribadatan-peribadatan mereka yang bid’ah dan nyanyian-nyanyian mereka. Bahkan jelas bagi saya bahawa beribadah dengan menyanyikan syair, mengucapkannya sebagai mantra, termasuk warisan-warisan paganisme Yunani sebelum diutusnya Nabi Isa ‘alaihis salam kerana kebiasaan orang-orang Yunani dan orang-orang musyrik yang lain mendendangkan nyanyian kepada Hurmus di majlis-majlis zikir.

Maka lihatlah bagaimana bid’ah ini menjalar kepada orang-orang sufi yang bodoh dari kalangan kaum muslimin dengan sanad yang paling rosak yang dikenal dunia: iaitu orang Zindiq dari orang Nasrani, dari orang musyrik. Setelah itu, bolehkah seorang muslim menjadikan nasyid sebagai wirid, tugas dalam zikir, hizib dan mantra?” (Tash-hihud Du’a, hal 96; dinukil dari buku Adakah Musik Islami, hal 116) (Sila lihat: http://pegangan-rufaqa.blogspot.com/2009/10/kisah-saya-dengan-al-arqam-bahagian-2.html)

Wallahu Ta'ala A'lam